PPIM DIBIDAS KERANA MENGUMPULKAN DERMA RM70K UNTUK MEMBEBASKAN DOKTOR GIGI PALSU..?

Saya amat kecewa dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di atas tindakan mereka mengumpulkan derma sebanyak RM 70K bagi membebaskan seorang penjenayah yang telah menipu masyarakat.

Persatuan Pengguna sepatutnya membela dan melindungi pengguna. Orang yang membuat rawatan pendakap gigi palsu tersebut terang2 melakukan suatu perbuatan yang melanggar undang2 dan membahayakan orang ramai dan sudah pun dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Rawatan ini hanya boleh dilakukan oleh pegawai pergigian yang terlatih dan pakar ortodontik dan bukannya oleh seseorang yang hanya mempelajarinya di youtube.


Ia mempunyai risiko2 yang jelas berbahaya dan walau kami adalah doktor perubatan, kami tidak akan sesekali melakukannya dan akan menyerahkan kepada mereka yang ahli di dalam bidang ini.

Apakah mesej yang sedang cuba disampaikan oleh PPIM?

1. Adalah OK untuk menipu dan melakukan amalan perubatan berisiko?

2. Adalah OK bagi pengguna2 menanggung risiko2 tinggi prosedur secara substandard dan dilakukan oleh penipu2 yang tidak bertauliah?

3. Adalah OK untuk melanggar undang2?

4. Adalah OK untuk membahayakan diri dengan menjalani prosedur2 berisiko asalkan dapat menjimatkan wang?

Sesungguhnya saya berasa amat malu dengan PPIM kerana sanggup merendahkan diri ke tahap yang sebegini hina dan mengkhianati kepercayaan para pengguna kepada anda.

Sejak seminggu dua ini PPIM banyak terlibat di dalam kontroversi spt kes Yusof Azmi yang saya tidak komen langsung kerana bagi saya ia hanyalah isu politik.

Namun kali ini, saya tidak boleh berdiam dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh PPIM dalam menyebarkan mesej yang salah kepada masyarakat. Ia bertentangan langsung dengan prinsip saya sebagai doktor yang mengutamakan keselamatan pesakit melebihi dari segalanya!

Sebelum ini ketika isu vape saya menentang secara terbuka pendirian beberapa pemimpin Pemuda UMNO. Jika dengan Pemuda pun saya tidak berkompromi dalam isu kesihatan, apatah lagi dengan PPIM?

Gadis yang PPIM tolong bebaskan telah membuat rakaman video yang menunjukkan dia langsung tidak insaf malah memperlekehkan pihak2 yang ‘menjatuhkannya’. Malah dia berkata dia semakin terkenal dan semakin kaya selepas ini.


PPIM telah berjaya membebaskan penjenayah dan mengajarnya bahawa adalah OK untuk melanggar undang2 dan membahayakan nyawa pengguna awam.

Jika usia muda pesalah menjadi punca PPIM membelanya, maka mungkin selepas ini PPIM bolehlah membela para remaja yang membakar tahfiz baru2 ini.

Perbuatan PPIM ini adalah merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan mencemarkan nama Islam yang digalas mereka sebenarnya.
Islam sentiasa menghormati sempadan ilmu. Urusan umat manusia ini akan musnah apabila diserahkan kepada bukan ahlinya.

Saya dan barisan pengamal perubatan profesional yang lain kecewa dengan tindakan PPIM.
Selepas ini PPIM bolehlah bela para doktor palsu yang lain juga. Ramai sebenarnya boleh jadi pakar jantung, kencing manis, pakar tulang, pakar bedah, pakar urologi dan lain2 kepakaran dengan hanya belajar di Youtube demi menolong umat manusia.

Innalillihi wa inna ilaihi rojiun.

DR. Abdul Rahman Abdul Kadir

Sumber : faktadanviral.com

 



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2fRyT8w

Post a Comment

0 Comments

Featured Post