Nasi Minyak Pengantin – Mudah Dan Senang

Nasi Minyak Pengantin – Mudah & Senang

Bahan bahan:

4 cawan beras basmathi
Air secukupnya
1 biji bwg besar – hiris
2 inci halia – hiris
3 biji bawang putih – hiris
1 cawan susu cair
2 sb minyak sapi
Sedikit garam
Rempah penumis – kayu manis, cengkih, pelaga & bunga lawang
2 helai daun pandan
Sedikit kismis sebagai hiasan

Sedikit pewarna kuning

Cara-cara memasaknya:
 

Panaskan minyak sapi dan tumis bahan bahan hiris. Masukkan daun pandan yang dicarik disimpul  dan terus tumis sehingga wangi.
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Goreng beras sekejap sehingga rata.
Masukkan air dan sedikit garam. Pindahkan ke dalam rice cooker.
Bila nasi hampir kering, tuangkan susu cair dan terus memasak.
Apabila nasi telah masak, titiskan beberapa tompok pewarna kuning dan taburkan kismis. Tutup periuk dan biarkan seketika.
Bila nasi masak, dikacau perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

 

Bolehlah dihidangkan dengan lauk Kurma Daging/ayam atau Ayam Masak Merah dan Pajeri Nenas. Selamat mencuba.

 
Ayam Masak Merah

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam
1 cawan santan (optional)

Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 ulas kecil kunyit
1 batang serai hiris nipis
10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji

Bahan untuk ditumis :

1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 Kulit kayu manis
Satu tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang

Tips

Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya.

Resepi Kurma Daging

Kurma daging pulak. Atas permintaan Bak, mat masakkan kurma daging. Untuk kali ni mat guna daging yang sedikit berlemak…erkk…kolestrol tuuu…hadoi. dan mat masak dalam pressure cooker. Tapi kalau anda nak mudah, guna daging batang pinang, masak macam biasa saja sebab daging batang pinang cepat empok. Kali ni mat test guna resipi pada belakang paket rempah kurma baba’s dan mat gabungkan dengan bahan2 yang mat selalu guna. Kira ala2 derhaka lah kan. Ehh, apa nak segan, sebagai blogger masak2, memang perlu kita tulis sumber resipi asal dari mana, walaupun kita olah lepas itu. Kena faham, blogger masakan macam mat gebu tu, dia bukan bertauliah, jadi sebelum jadi apa2 isu, kena lah peka dan alert. Kurma kali ni tidak pedas dan hanya guna serbuk lada hitam sebagai rasa pedas. Sedap dimakan bersama nasi putih, atau nasi minyak, beriani dan sebagainya. Mat sertakan resipi, tapi jangan risau, nampak saja banyak, namun ia mudah disediakan..

BAHAN-BAHANNYA 🙂
1 kg daging batang pinang, hiris tebal2, cuci dan toskan
4 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus setiap satu
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus setiap satu
2 biji tomato, dicincang
4 camca besar penuh rempah kurma Baba’s
500 ml santan
2 camca besar kerisik
1/2 camca besar gula melaka
1 camca besar lada hitam biji, kisar halus
2 camca besar minyak sapi
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS 🙂
1 biji bawang besar, hiris
3 biji buah keras
1 inci halia
5 ulas bawang putih

BAHAN TUMIS 🙂
2 biji bawang besar, hiris halus
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA 🙂

Panaskan sedikit minyak (anggaran 1 camca besar) dan masukkan minyak sapi, biar sampai cair, Masuk bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan tomato dan rempah kurma, kacau rata dan masak lagi hingga rempah garing. Masuk daging, gaul rata dan biar hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masak hingga daging 1/2 empuk. Tuang santan, masuk lada hitam dan kentang. Kacau rata.
Terus memasak hingga kentang dan daging empuk. Tambah cili merah/hujau. Perasakan dengan garam dan gula melaka. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan sebagainya..

CATATAN :- Kalau anda guna daging biasa dan anda punya periuk tekanan atau presure cooker, anda boleh masak menggunakannya. Masak seperti biasa dalam periuk tekanan (seperti cara membuatnya di atas), tapi jangan masukkan kentang, cili hijau/merah dan santan dulu. Masak hingga daging empuk, kurang lebih 20 minit, kemudian alih kurma dalam periuk lain, baru masukkan kentang, santan dan cili. Masak hingga kentang empuk. Apa2 pun nasihat mat, kalau anda guna periuk tekanan, pastikan anda baca dulu cara menggunakannya.



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2g7WWnM

Post a Comment

0 Comments

Featured Post