Neelofa merupakan antara selebriti yang sering menjadi perhatian netizen. Selain berjaya dalam industri seni, dia juga merupakan usahawan tudung yang terkenal. Tidak hairanlah, Forbes meletakkan Neelofa sebagai 30 ikon paling berjaya di Asia.
Baru baru ini, Neelofa terpilih menghadiri majlis Swarovski di Milan, Italy. Majlis berprestij itu hanya dihadiri oleh 100 orang tetamu dan Neelofa antara yang terpilih. Namun, fesyennya mendapat kritikan dan kecaman. Menerusi Harian Metro, Neelofa meluahkan rasa kecewa terhadap netizen.
Besarnya kuasa sehelai tudung
Saya tidak pernah terlintas dan tidak akan sesekali membuka tudung. Ia membawa kepada siapa saya sekarang dan banyak perubahan besar berlaku dalam hidup. Apa tidaknya, ketika di New York untuk MiSK-UNPD Youth Forum baru-baru ini, saya menjadi antara speaker wanita muda bertudung dari negara yang asing bagi mereka dan alhamdulillah imej ini yang membuka mata mereka.
Saya juga pernah bertanya kepada Swarovski, kenapa mereka mahukan saya? Mereka mengatakan saya mewakili wanita Muslim dalam usaha meluaskan promosi mereka kepada individu berbeza. Kemudian, di Boston pula nanti saya diminta bercakap mengenai jenama tudung saya. Jadi, ini bukti betapa besarnya kuasa sehelai tudung.
Menerusi laporan Harian Metro, Neelofa meluahkan rasa syukur selepas berhijab kerana banyak perubahan besar yang berlaku dalam hidupnya. Kejayaan demi kejayaan berjaya diraihnya sehingga membawa nama Malaysia ke luar negara.
Sedih netizen kecam
Saya sedih apabila netizen yang mengecam ini langsung tidak menghargai dan melihat usaha dalam memecahkan tembok wanita berhijab di Malaysia menghadiri forum ini. Saya cuba mengubah streotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Malangnya apa yang mereka nampak semuanya negatif sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dengan penampilan saya waktu itu.
Saya kagum dengan sikap mereka yang tidak menghukum wanita bertudung. Mereka sangat terbuka dengan penampilan saya dan menghormati saya sebagai seorang wanita Islam.
Dia juga akui gemar bereksperimentasi dengan gaya penampilannya supaya mengikut trend terkini. Walau bagaimanapun, dia sedih apabila penampilannya dengan gaya tudung moden ketika menghadiri Minggu Fesyen Swarovski di Milan, Itali itu teruk menjadi kecaman netizen.
Gemar eksperimen gaya tersendiri
Apabila menyentuh mengenai fesyen, saya akui gemar bereksperimentasi dan setiap gaya yang diterjemahkan perlulah mengikut batas yang perlu dipatuhi. Jika dulu wanita takut dan tidak berani mengenakan tudung dan sering memberikan pelbagai alasan.
Sekarang saya percaya dengan penampilan bertudung saya ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan mengubah perspektif mereka terhadap wanita bertudung. Saya percaya mereka yang mengkritik tidak tahu mengenai fesyen baru. Jadi, saya perlu beri mereka ruang untuk mengetahui gaya fesyen terkini dan lambat-laun mereka pasti dapat menerimanya.
Tambahan, Neelofa percaya bahawa netizen yang mengkritik mengenai fesyennya itu adalah seorang yang tidak tahu mengenai fesyen baru.
sumber : OhBulan
[ LAGI CERITA NEELOFA DIBAWAH ]
Kuasa di sebalik sehelai tudung
Kuasa penampilan bertudung membawa 1,000 pengertian dalam hidup pelakon dan pengacara popular Neelofa.
Tidak pernah terlintas di hatinya untuk membuka tudung walaupun dilantik menjadi duta jenama antarabangsa dan dikecam bertubi-tubi oleh netizen.
Menurut Neelofa, sejak bertudung tiga tahun lalu, banyak perubahan besar berlaku dalam hidupnya sehingga membawa kejayaan demi kejayaan.
“Saya tidak pernah terlintas dan tidak akan sesekali membuka tudung. Ia membawa kepada siapa saya sekarang dan banyak perubahan besar berlaku dalam hidup.
“Apa tidaknya, ketika di New York untuk MiSK-UNPD Youth Forum baru-baru ini, saya menjadi antara speaker wanita muda bertudung dari negara yang asing bagi mereka dan alhamdulillah imej ini yang membuka mata mereka.
“Saya juga pernah bertanya kepada Swarovski, kenapa mereka mahukan saya? Mereka mengatakan saya mewakili wanita Muslim dalam usaha meluaskan promosi mereka kepada individu berbeza.
“Kemudian, di Boston pula nanti saya diminta bercakap mengenai jenama tudung saya. Jadi, ini bukti betapa besarnya kuasa sehelai tudung,” katanya pada majlis pelantikan Neelofa sebagai duta Lancome Malaysia di Eco Sanctuary, Banting, Selangor, baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia sedih apabila penampilannya dengan gaya tudung moden ketika menghadiri Minggu Fesyen Swarovski di Milan, Itali, minggu lalu, dikritik netizen di sini.
Neelofa dikritik apabila mengenakan turban sehingga menampakkan sebahagian rambut ketika menghadiri minggu fesyen itu.
Namun, pada masa sama, penampilan Neelofa turut mendapat perhatian model terkenal antarabangsa termasuk Karlie Kloss.
“Saya sedih apabila netizen yang mengecam ini langsung tidak menghargai dan melihat usaha dalam memecahkan tembok wanita berhijab di Malaysia menghadiri forum ini.
“Saya cuba mengubah streotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Malangnya apa yang mereka nampak semuanya negatif sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dengan penampilan saya waktu itu,” katanya.
Menurut Neelofa, dia mengagumi setiap individu yang hadir ketika menghadiri forum berkenaan.
“Saya kagum dengan sikap mereka yang tidak menghukum wanita bertudung. Mereka sangat terbuka dengan penampilan saya dan menghormati saya sebagai seorang wanita Islam,” katanya.
Menurut Neelofa, dia mengakui gemar bereksperimentasi dengan gaya penampilannya supaya mengikut trend terkini.
“Apabila menyentuh mengenai fesyen, saya akui gemar bereksperimentasi dan setiap gaya yang diterjemahkan perlulah mengikut batas yang perlu dipatuhi.
“Jika dulu wanita takut dan tidak berani mengenakan tudung dan sering memberikan pelbagai alasan. Sekarang saya percaya dengan penampilan bertudung saya ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan mengubah perspektif mereka terhadap wanita bertudung.
“Saya percaya mereka yang mengkritik tidak tahu mengenai fesyen baru. Jadi, saya perlu beri mereka ruang untuk mengetahui gaya fesyen terkini dan lambat-laun mereka pasti dapat menerimanya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2017 @ 6:51 AM
mymetro
Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2xOrjny
0 Comments