GEMPAR..! Inilah Punca Sebenar Kenapa Lelaki Ini Gantung Diri Sendiri Dalam Bilik Selepas Muat Naik Status Dalam Facebook

Seorang lelaki berusia 22 tahun, Amirul Ismad dilaporkan menggantung diri sendiri dalam bilik selepas meninggalkan satu nota. Lelaki itu yang tinggal bersama keluarganya di Felda Bukit Kuantan telah memuat naik beberapa status di laman sosial yang agak menyedihkan mengenai tekanan perasaan yang dihadapinya sebelum mengambil nyawanya sendiri.

Lelaki tersebut dipercayai membunuh diri selepas kecewa kehilangan insan yang dicintai. Seorang netizen mendedahkan bahawa dia pernah bercakap dengan lelaki tersebut kerana bimbang akan keselamatan diri Amirul selepas membaca status berkenaan namun Amirul tetap nekad untuk membunuh diri.

 

 

 

 

Namun, amat menyedihkan apabila ada segelintir netizen menyalahkan ahli keluarga mangsa akibat tekanan yang dihadapinya. Tak lama selepas itu, kakak mangsa meminta netizen supaya berhenti memberi komen negatif sebagai menghormati abangnya yang telah pergi.

Apa yang berlaku ke atas Amirul mungkin agak tragis kerana berulang kali dia meluahkan perasaan untuk membunuh diri namun tiada siapa yang ambil peduli sehinggalah Amirul benar-benar melakukannya.

sumber: kakishare

 

[ BERITA LAIN ]

 

[VIDEO] Tiga lelaki ditahan polis kerana mengamuk dan memukul seorang pelanggan di Pulau Pinang.

Georgetown: Tiga lelaki ditahan polis kerana mengamuk dan memukul seorang pelanggan di sebuah pusat hiburan di Jalan Penang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa lingkungan 30-an cedera di muka dan kepala selepas dipukul dengan kerusi serta meja.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berpunca selepas mangsa menegur seorang daripada suspek kerana mengganggu wanita yang bekerja di pusat hiburan terbabit.

Beliau berkata, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum dileraikan beberapa pelanggan di pusat hiburan terbabit.
“Mangsa kemudian dibawa keluar dari premis berkenaan, namun dia yang masih tidak berpuas hati kembali semula dengan membawa kayu.

“Bagaimanapun, suspek dan beberapa rakannya yang melihat mangsa terus menyerang lelaki terbabit dengan kerusi serta meja,” katanya.

Anuar berkata, susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia 27 hingga 31 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, polis sedang mengesan mangsa bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2017 @ 11:27 AM

Sumber : BeritaHarianOnline



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2xSdSo7

Post a Comment

0 Comments

Featured Post