Gambar Sumber google
Kekerapan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berkunjung ke rumah teman lelakinya yang juga warga Bangladesh membongkar kegiatan maksiat dilakukannya malah dia kini hamil enam minggu selepas ditahan di sebuah rumah di Taman Mahsuri, dekat Padang Serai, di sini.
Difahamkan, remaja tersebut ditahan sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas dikesan berdua-duaan sehingga menimbulkan syak wasangka dengan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah rumah di Taman Mahsuri dekat Padang Serai, di sini.
Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, remaja terbabit disahkan mengandung susulan pemeriksaan kesihatan Hospital Kulim ke atas gadis itu, selepas ditahan dala operasi cegah maksiat Rabu lalu.
Sumber:Ohmeddia
—-ARTIKEL MENARIK—-
Rawang -‘3 Kali Dia Cuba Calit Minyak Dagu Pada Isteri Saya!’ Hati2 dengan warga bangladesh ni . .
RAWANG – Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditumbuk kerana didakwa cuba menggunakan minyak calit pengasih untuk memikat isteri seorang kakitangan penyelenggara, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian Rabu lalu, pekerja warga asing berumur 40’an itu didakwa menyentuh tangan seorang wanita tempatan yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Beruntung.
Menurut Shahrul, 28, suami kepada mangsa berkata, isterinya yang baru bekerja di kilang itu sebagai penyelia sejak sebulan yang lalu sebelum ini pernah mengadu lelaki terbabit bertindak menyapu minyak pelik di tangannya beberapa minggu lalu.
Namun Shahrul tidak mengendahkan keluhan isterinya itu kerana beranggapan sentuhan itu mungkin tidak disengajakan ketika kali pertama berlaku.
Berdasarkan perkongsian yang tersebar di media sosial, dia telah bersabar meskipun lelaki itu mengulangi perbuatannya beberapa kali sehingga dia terpaksa membawa isterinya pergi berubat.
“Bangla sekarang dah semakin gila dan berani, pandai dah menyentuh isteri orang, calit minyak dagu di isteri orang. Mujur saya sedar awal sebelum terjadi apa-apa yang lebih teruk. Kali pertama dan kedua saya masih bersabar, namun kali ketiga calit, saya memang hilang kesabaran,” katanya.
“Kejadian ini berlaku di tempat kerja, CCTV semua pun ada. Bila kita berdiam, dpijak-pijak muka kita. Harus diberi pengajaran sikit pada lelaki ini. Patutlah sekarang ramai sangat kes perempuan Melayu banyak ikut mereka. Rupa-rupanya inilah rahsia mereka.
“Bukan berniat nak berlaku kejam atau menganiaya sesiapa, tetapi hanya sekadar pengajaran untuk kita saling ingat mengingati agar lebih berhati-hati,” jelasnya lagi.
Menurut Shahrul, dia dan pihak kilang berkenaan telah membuat laporan polis. Shahrul bersedia dihukum dan tidak kisah masuk ke penjara andai kata dia didakwa mereka-reka cerita. Dengan segala bukti yang ada telah diserahkan kepada polis, Shahrul memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Mula-mula saya pun tak percaya. Tetapi bila sudah terkena pada isteri saya sendiri, saya tak boleh berdiam diri. Saya bertindak kerana mahu mempertahankan hak saya dan tanggungjawab saya sebagai seorang suami,” katanya. – The Reporter
—–ARTIKEL MENARIK——
[PANAS] !!! Wanita ini Ditangkap khalwat bersama seorang Lelaki BANGLA di Sebuah Hotel!! Baru Sebulan Kenal Dah Bagi Semua !??
BATU PAHAT – Baru sebulan berkenalan, seorang lelaki berusia 21 tahun berani membawa seorang wanita berusia 25 tahun untuk bermalam bersama di bilik sebuah hotel.
Namun, keghairahan pasangan berkenaan terbantut apabila dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) ketika melakukan operasi cegah maksiat dilakukan di hotel bajet dan rumah tumpangan di daerah ini.
Kadi Daerah Batu Pahat, Muhammad Husni Tamrin Md Sharif berkata, semasa serbuan dilakukan, pasangan berkenaan mengambil masa yang lama untuk membuka pintu bilik hotel.
Katanya, sebaik pintu dibuka pasangan ini telah berpakaian lengkap dan memberikan alasan tidak sempat melakukan apa-apa kerana baru sahaja memasuki hotel.
“Walau apa juga alasan yang diberikan, mereka ini telah didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel dan berada dalam keadaan yang mencurigakan di mana mereka ini akan turut didakwa.
“Mereka juga menyatakan alasan yang lelaki berkenaan baru sahaja terlibat dalam kemalangan kecil semasa menunggang motosikal dan masuk ke bilik hotel berkenaan.
“Dalam masa yang sama, wanita berkenaan pula menyatakan alasan dia telah terlepas bas untuk ke Johor Bahru dan telah mengambil tiket awal pagi seterusnya bermalam di hotel bajet ini,” katanya.
Lebih mengejutkan pihaknya, beliau berkata, lelaki berkenaan juga pernah ditangkap oleh pegawai penguatkuasa Jaij kerana melakukan kesalahan yang sama tetapi dengan pasangan yang berbeza
Katanya, pasangan berkenaan bersama dua lagi pasangan lain ditahan untuk siasatan dan ketiga-tiga pasangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 27(1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
“Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan sememangnya akan mensasarkan hotel bajet dan rumah tumpangan kerana ia menjadi lokasi kegemaran pasangan untuk melakukan maksiat.
“Kita berharap operasi yang dijalankan secara berterusan ini akan membuka mata masyarakat supaya kegiatan seperti ini memberikan pengajaran dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya terdapat perlakuan yang mencurigakan,” katanya.
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2gcVIY9
0 Comments