Blogger anti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa ‘ikon batu’ Menara Kembar Petronas KLCC, Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang merupakan simbol Illuminati dan Freemason yang dibina Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang memerintah selama 22 tahun.
Menulis di halaman Facebooknya semalam, penulis blog APA (Aku Peduli Apa), Azmi Ibrahim berkata, senibina diagungkan rakyat yang mengandungi unsur Freemason dan Illuminati juga termasuk Masjid Putrajaya.
“Cuma “SIMBOL TERAKHIR” Jambatan Bengkok yang GAGAL dia siapkan untuk melengkapkan kesemua “simbolisma” ini yang kita orang Melayu panggil WAFAK…
“ANDAIKATA Jambatan Bengkok berjaya dibina,aku pun tak tahu apa yang akan terjadi kepada Bumi Bertuah Tanah Jawi ini,
“TERIMA KASIH Paklah (Tun Abdullah)…kerana inilah SUMBANGAN TERBESAR Paklah sebagai Perdana Menteri walaupun selalu lena,” tulisnya.
Freemason dan Illuminati merupakan teori konspirasi bahawa wujud sebuah kumpulan antarabangsa yang berkomplot untuk menguasai dunia.
Pertubuhan berkenaan didakwa terdiri pemimpin Yahudi yang menyembah syaitan dengan hasrat membina sebuah New World Order atau Kerajaan Satu Dunia (One World Government).
Antara kaedah digunakan bagi menguasai dunia adalah dengan menguasai kerajaan, sistem kewangan dan media termasuk filem dan muzik yang mengikut telunjuk pertubuhan berkenaan.
Azmi menerusi posting Facebooknya turut memuatnaik beberapa kompilasi gambar ikon negara mengandungi unsur Freemason dan Illuminati.
Antara yang dikaitkan adalah Menara Berkembar KLCC dimana tiang penyokong jambatan bangunan berkenaan dikatakan menyerupai lambang kompas ‘Masonic Square’ Freemason.
Juga dipertikaikan adalah struktur menara berkembar berkenaan yang dikatakan adalah simbol tiang Freemason dan Illuminati.
Sementara itu, bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) juga dikatakan menyerupai ‘Masonic Eye’ jika dilihat dari sudut pandangan atas.
Masonic Eye merupakan simbol kepada Mata Tuhan Freemason yang merujuk bahawa Tuhan sentiasa memerhati dan akan kekal selama-lamanya.
Monumen Alaf Baru yang terletak di Putrajaya juga didakwa mempunyai kaitan dengan Freemason yang menyerupai tiang ‘Obelisk’ yang disembah ahli Freemason.
Tiang seumpama ini terdapat di serata dunia termasuk di Paris, Washington, Vatican City, Buenos Aires, Rome dan New York.
Azmi juga memuatnaik gambar menyamakan landskap rekaan bulatan dihadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menyerupai landskap di Vatican City.
Sumber malaysiandigest
—–ARTIKEL MENARIK—–
Angka 33 : Pengaruh Illuminati Terhadap 2 Simbol Di Malaysia
Sebelum anda membaca artikel ini, seeloknya anda perlu memahami apa itu illuminati, freemason dan Dajjal. Ini adalah kompenan penting dalam menuju ke peristiwa babak-babak akhir zaman. Kupasan dalam artikel ini saling berhubung rapat dengan 3 perkara ini.
Pendedahan demi pendedahan sebenarnya sudah banyak ditunjukkan. Kalau anda rujuk di google, pasti pelbagai simbol dan tanda yang berkait dengan freemason dan illuminati. Namun, ia hanyalah sekadar umpama kisah picisan yang tidak diberi perhatian, dan akhirnya ia diabaikan begitu sahaja.
Apa yang merisaukan saya ialah pengaruh illuminati terhadap simbol-simbol ini sudah berada disekeliling kita tanpa mungkin ada dikalangan kita yang perasan. Maka, ini menandakan bahawa kita sudah berada dalam perancangan jahat mereka.
Angka 33 merupakan angka yang sangat berkait rapat dengan Illuminati. Ada apa dengan 33? Dan mengapa 33? Saya tidak mengulas lebih mendalam mengenai 33. Cukup sekadar ia menyedarkan kita akan wujudnya musuh.
Ia mungkin hanya sekadar nombor. Namun angka inilah merupakan angka keramat bagi golongan freemason dan iluminati ini.
Saya berikan 2 contoh logo yang berkait rapat dengan angka 33. Mungkin ia hanya satu kebetulan. Maafkan saya sekiranya isi kandungan artikel ini silap.
Namun, tidak salah untuk kita membawa fantasi pemikiran keluar daripada kepompong kebiasaan. Cuma nasihat saya, jangan tergelincir daripada laluan kepercayaan dan akidah kita dalam menterjemah sesuatu teori.
Saya huraikan secara ringkas beserta gambar di bawah untuk anda sendiri fikirkan.
Logo MALAYSIA AIRLINE SYSTEMS (MAS)
Cuba perhatikan logo MAS. Ia dikatakan seperti Wau yang berterbangan di angkasaraya. Itulah yang saya diberitahu sejak kecik lagi.
Namun, jika kita perhatikan BETUL-BETUL, maka dengan jelas kelihatan angka 33. Adakah ia satu kebetulan?
Mari kita perhatikan MAS sekarang.
MAS merupakan simbol kebanggaan negara. Ia membuktikan bahawa orang tempatan mampu berdiri dan terbang sama tinggi dengan bangsa lain.
Namun, kejadian malang MH370 dan MH17 membawa cerita berbeza. Saya penuh yakin ia bukan satu kebetulan.
Kerugian demi kerugian sehingga perlantikan ceo dari luar negara juga menampakkan bukan satu kebetulan.
Etika pemakaian dan hidangan minuman keras masih kekal sejak dulu sekalipun terus mendapat teguran masyarakat saban waktu.
Saya yakin MAS sudah berada dalam perancangan MUSUH kita sejak awal penubuhannya lagi. Persoalannya..siapa yang mereka bentuk logo MAS? Adakah ia adalah bentuk wau yang sebenar?
Logo baru Kementeriaan Pendidikan malaysia (KPM)
Agak sukar untuk pengikut teori komspirasi yang mengikuti kisah illuminati ini tidak terkesan melihat logo baru KPM. Simbol 33 jelas terbentuk pada logo tersebut.
Logo ini juga menunjukkan seolah-olah baris-baris tangga yang membentuk angka 33.
Mari kita perhatikan KPM
KPM merupakan kementerian yang bertangungjawab dalam memberi pendidikan kepada generasi-generasi pelapis negara. Ini merupakan bahagian paling penting dalam mencorakkan pemikiran anak-anak muda.
Logo KPM baru ini mula digunakan sekitar tahun 2014 menggantikan logo yang sedia ada. Saya melihat logo baru ini nampak lebih futuristik mengikut peredaran zaman.
Logo baru ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada perancangan transformasi dalam pendidikan.
Sebuah konsultan dari luar negara telah dilantik dan diupah oleh kerajaan untuk mereka cipta satu pelan pendidikan merangkumi daripada peringkat serendah-rendahnya, sehinggalah ke peringkat yang tertinggi dalam pendidikan.
Maka, dasar pendidikan yang dilaksanakan sekarang adalah sebahagian daripada perancangan meraka.
Saya tinggalkan anda dengan dua persoalan.
Persoalannya pertama ialah siapakah mereka ini? Mengapa mereka dipilih?
Dan persoalan kedua ialah adakah pendidikan berteraskan Al-Quran menjadi keutamaan dasar ini?
KESIMPULAN
Walau apapun jenis teori dan simbol-simbol, sebenarnya Musuh semakin menghampiri kita sikit demi sedikit saban hari. Kita tidak akan sedar dan akan terus dilekakan, sehingga langkahan kita mengikut petunjuk mereka.
Untuk lebih memahami apa itu illuminati dan freemanson, anda boleh rujuk sendiri maklumat di internet. Begitu juga melalui bahan bacaan buku yang terdapat di pasaran.
Dan pastikan jangan tinggalkan AL-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama. Semoga kita diberikan hidayah dan petunjukkan agar dapat menangkis fitnah-fitnah akhir zaman.
Wallahualam.
Sumber MohamadHafiz
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2gbm0u1
0 Comments