Selepas Eyka Farhana kini Video Lucah Lelaki Mirip Anding (AF2) Pulak Tersebar..!

Selepas pelakon baharu, Eyka Farhana terpalit dengan penyebaran video lucah konon mirip wajahnya, terbaharu penyanyi Anding pula berhadapan dengan kontroversi yang sama.

Satu rakaman video menyaksikan individu menyerupai Anding dikatakan berkasi lucah dengan kaum sejenis yang mana rakaman itu telah dikongsi menerusi laman sembang Tumblr.

Anding atau nama sebenarnya Anding Indrawani Zaini, 34, ketika dihubungi mStar Online untuk menjelaskan perkara itu berkata, dia tidak pernah melakukan perkara tidak senonoh kerana ia boleh menjatuhkan maruahnya sendiri.

“Sudah tentu ia bukan saya! Hidung saya ada tahi lalat tapi lelaki tersebut tak ada. Apabila saya lihat lelaki tersebut, tak nampak pun ada iras saya.

Anding akan ambil tindakan terhadap pihak yang memfitnahnya.

“Saya tidak pernah melakukan perkara tersebut dan memang tak logik kalau saya buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan merosakkan kerjaya sendiri.

“Saya masih boleh berfikiran waras dan tak akan buat perkara tidak senonoh seperti itu,” kata Anding.

Anding yang merupakan bekas peserta rancangan Akademi Fantasia musim kedua (AF2) diminta mengulas laporan sebuah forum sembang yang mendedahkan sebuah rakaman video mirip dirinya melakukan hubungan seks.

Sementara itu, penyanyi berasal dari Sarawak ini berharap agar masyarakat mengubah presepsi kononnya lelaki yang belum berkahwin dan sibuk menjaga badan di gim ialah seorang gay.

“Bila nampak lelaki yang belum kahwin dan selalu pergi gimnasium, mesti ada yang buat tanggapan individu itu seorang gay. Mungkin atas sebab itu, mereka juga menyangkakan saya gay kerana tabiat saya suka menjaga badan dan kerap ke pusat kecergasan.

Lelaki dalam video tersebut yang dikatakan seiras Anding.
“Orang tak tahu kenapa saya belum kahwin dan tidak ada kekasih sehingga kini? Bagi mereka, apa mereka nampak…, itu yang mereka percaya.

“Saya harap segelintir masyarakat yang berfikiran sebegitu dapat mengubah presepsi terhadap lelaki seperti saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anding berkata, dia akan membuat laporan polis tentang perkara tersebut dalam masa terdekat memandangkan sudah beberapa kali namanya dikaitkan dengan isu sedemikian.

“Saya akan ambil tindakan dan membuat laporan polis kerana ia melibatkan maruah dan kerjaya seni saya.

“Tambahan pula, sudah banyak kali benda ini berlaku. Awal tahun ini, rakan saya pernah beritahu ada gambar lucah lelaki seakan-akan saya. Sekarang video pula,”

sumber : MStar

[ Artikel Berkaitan ]

 

“Video Lucah Tu Macam Saya…Hurrmmm,Tapi Orang Lain Lah..!” – Eyka Farhana.

Pelakon Eyka Farhana berang apabila namanya dikaitkan selepas penyebaran sebuah video lucah yang dikongsi menerusi laman YouTube sejak Julai lalu.

Eyka, 22, berkata, dia menyedari tentang video tersebut selepas ditanya oleh beberapa rakan yang ingin mendapatkan kesahihan berhubung perkara itu.

“Itu bukan saya… saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.

“Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain. Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi diminta mengulas mengenai penyebaran video lucah yang mirip wajahnya.

Video itu telah dimuat naik pada Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 tontonan.

 

Eyka kesal tindakan indvidu tidak bertanggungjawab aibkan dirinya.

Tambahnya, perkara tersbeut betul-betul mengaibkan ketika keluarga dia masih bersedih dengan pemergian kakaknya pada 23 Ogos lalu.

“Saya masih waras daripada terfikir buat perkara tidak bermaruah seperti itu. Lebih menyedihkan ia ditimbulkan ketika saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak,” ujarnya.

Eyka Farhana

Dalam pada itu, Eyka berkata, dia akan membuat laporan polis tentang perkara tersebut dalam masa terdekat.

“Saya ambil berat tetang isu ini kerana ia melibatkan maruah saya dan keluarga. Petang nanti saya dan pihak pengurusan Mind Order akan membuat laporan polis.

“Saya harap individu tersebut keluarkan video itu atau membuang nama saya pada rakaman yang dimuat naik itu,” ujarnya.

Sumber : MStarOnline

[ Berita Panas Artis Lagi Dibawah..! Rugi Tak Baca..! ]

Memang Giler..! Peminat Minta Gambar Bat*ng Aedy Ashraf..?!!

PELAKON Aedy Ashraf mendedahkan ada peminat tanpa segan silu meminta foto kemaluannya di laman sosial.

Bagaimanapun, Aedy atau nama sebenar Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, 24, memberitahu dia tidak mempedulikan permintaan tidak masuk akal peminat tersebut.

“Ada orang yang saya tidak kenali berani menghantar mesej peribadi di Instagram meminta gambar alat sulit saya.

Aedy tayang badan di Instagram bukan untuk menunjuk-nunjuk.

“Gila ke apa, permintaan melampau macam tu memang saya tak layan,” katanya kepada mStar Online.

Aedy menjelaskan niatnya memuat naik foto tidak berbaju di laman Instagram bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bersikap riyak.

Sebaliknya, dia mahu memberi inspirasi kepada remaja lain agar tidak berputus asa mendapatkan bentuk tubuh idaman.

“Bukan senang nak buat badan macam ini, memerlukan usaha dan semangat yang berterusan.

“Setiap apa yang kita lakukan, mesti mahu lihat hasilnya, jadi apa yang dipaparkan di laman sosial adalah diri saya yang sebenar.

“Dalam masa sama, saya harap dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk berusaha mendapatkan bentuk tubuh idaman,” katanya.

Aedy selesa dengan imej berambut panjang.

Sementara itu, Aedy memaklumkan imejnya berambut panjang adalah untuk ‘lari’ daripada karakter kanak-kanak yang sudah sinonim dengan dirinya.

Ujarnya, ada sesetengah penonton yang masih terbawa-bawa dengan karakter lakonannya dahulu.

“Saya simpan rambut panjang kerana tak mahu kekal dengan watak kanak-kanak, bosanlah orang asik kaitkan dengan zaman itu.

 

 

“Kalau boleh saya mahu watak yang lebih dewasa dan apabila berambut panjang begini boleh buat saya nampak lebih matang,” katanya.

Sumber : MStarOnline

Jom Cuci Mata Gambar-Gambar Aedy Ashraf (Dahulu & Kini) ..!







Gambar dari pakcik google



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2xOg6n5

Post a Comment

0 Comments

Featured Post