Sungguh Sayu.. Sampah Jadi Makanan Kami Bila Lapar- Wanita Ini Hilang Punca Selepas Suaminya…

KUANTAN – Seorang wanita bersama anaknya berusia lima tahun hanya mampu untuk tidur di surau setiap hari sementara menunggu siang kerana ketiadaan tempat tinggal dan kemudian meneruskan kelangsungan hidup dengan mencari makanan di dalam tong sampah.

Rina (bukan nama sebenar), 37, berkata, kesusahan dan kehidupan yang melarat itu terpaksa mereka lalui sejak 20 hari lalu selepas keluar dari rumah sewa akibat tunggakan terlalu banyak.

Dakwanya, tindakan itu terpaksa dilakukan kerana dia tidak ada tempat bergantung selepas suaminya dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana terlibat dengan kes dadah.

Sejurus mengetahui hal itu dan membayangkan nasibnya yang gelap, dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah sewanya.

“Sebelum ni kami menyewa di Kampung Pandan dan suami tanggung, tapi lepas dia kena penjara, saya pun jadi tak keruan sebab tak ada duit.

“Disebabkan tak mampu bayar sewa yang sebelum ni pun tertunggak, saya dan anak berumur lima tahun tekad keluar dari rumah sehelai sepinggang.

“Saya selalu tidur di surau dan beberapa surau lain di kawasan berhampiran yang tak berkunci atau padang bola keranjang. Siang hari terpaksalah pergi tempat lain nak berteduh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Baru, di sini.

Dalam pada itu, menurutnya, apabila memikirkan nasibnya yang semakin terhimpit kerana bergelandangan dia juga cuba untuk mencari pekerjaan sesuai.

“Dalam tempoh ini ada juga cari kerja, tapi saya selalu tak sihat sebab ada kencing manis dan sakit jantung.

“Saya kena cari kerja yang boleh bawa anak sekali sebab susah nak tinggalkan dia yang masih kecil. Tapi kebanyakan tempat tak nak pekerja bawa anak. Memang saya rasa susah sekarang,” katanya yang ada kalanya mengharap belas ihsan orang untuk mendapatkan sedikit makanan bagi mengalas perut.

Sementara itu, katanya, dia merayu kepada orang ramai yang boleh membantunya sama ada memberikan penempatan sementara atau pekerjaan bersesuaian dengannya.

“Saya pun dah tak sanggup nak hidup macam ni, bila lapar kenalah cari makanan dalam tong sampah.

“Anak pun tahun depan kena pergi sekolah. Tapi saya langsung tak boleh buat apa dalam keadaan macam ni,” katanya.

sumber sinar harian



Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2yPrmjp

Post a Comment

0 Comments

Featured Post