Didesak DAP, Dewan Rakyat siasat paparan logo BN selepas bentang belanjawan

PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan logo Barisan Nasional dalam Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2018 yang disiarkan secara langsung, 27 Oktober lalu.

Siasatan itu susulan usul yang dibuat Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) agar perkara itu disiasat.

 

 

“Selepas belanjawan dibentang oleh perdana menteri, selepas ucapan beliau lambang BN terpapar dalam skrin di Dewan Rakyat. Adakah tindakan ini wajar dan dibenarkan di dewan yang mulia ini?

 

“Saya memohon budi bicara agar siasatan (diadakan) untuk mengenalpasti bagaimana logo sebuah parti politik boleh ada dalam dewan semasa persidangan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said kemudian bersetuju agar perkara itu disiasat.

“Baiklah, setiausaha akan menyiasat dan menyelidik perkara ini dan maklumkan kembali kepada YB,” katanya.

 

 

Dalam sidang media kemudian, Kasthuri berkata itulah kali pertama beliau melihat perkara sedemikian sejak mula menjadi anggota parlimen pada 2013.

 

“Ketika pembentangan perdana menteri mengungkapkan inisiatif dan insentif, (pada masa sama) bendera BN dipaparkan di skrin tersebut. Ia adalah belanjawan negara (oleh kerajaan) bukannya belanjawan BN.

 

“Adakah ini bererti BN sudah terdesak dan menggunakan apa sahaja cara untuk menunjukkan logo mereka kepada rakyat?” soalnya.

 

Beliau berharap siasatan akan dapat mengenalpasti pihak yang menjadi punca pemaparan logo BN di Dewan Rakyat itu.

 

“Timbalan speaker sudah setuju untuk siasat. Kami menunggu hasil siasatan dan dalang di sebalik perkara ini,” katanya lagi.

 

sumber:malaysiakini

 
Cerita Seterusnya…………………………………
 
‘Lupakan niat nak tadbir Kelantan’, kata PAS kepada PAN

BANGI, 13 Safar 1439H, Khamis – PAS tidak menolak kemungkinan berlaku perebutan kerusi dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

 

Malah Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah percaya bahawa Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR tidak akan memberi kerusi mereka kepada Parti Amanah Negara (PAN).

 

“Kita yakin Pakatan Harapan tidak akan beri kerusi pada PAN. Dia (PAN) hendak bertanding kerusi siapa, dan tidak mustahil bakal berlaku perebutan kerusi sesama sendiri selepas ini,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

 

Menurutnya, beliau yakin jangka hayat PAN bakal berakhir selepas PRU14 ini berikutan dilihat gagal mendapat sokongan rakyat khususnya di Kelantan.

 

Katanya, parti serpihan itu yang mendakwa menyasarkan untuk bertanding 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, perlu sedar bahawa mereka tidak hanya kekurangan calon, malah sehingga kini masih belum mampu membentuk cawangan di kawasan tertentu.

 

“Jadi PAN perlu sedar dan melupakan niat untuk menggantikan Pas mentadbir Kelantan. PAN hanya menjadi pekakas DAP, ikut apa DAP buat, hendak ganti Pas bagaimana?,” katanya.

 

sumber:islam&melayu



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post