Sultan Johor selar tindakan JKR pasang papan tanda ingatkan wanita Islam dosa tidak tutup aurat rambut mereka..

Iman seseorang tiada kaitan dengan cara berpakaian – Sultan Johor
Iman seseorang tiada kaitan dengan cara berpakaian – Sultan Johor

Iman seseorang individu terhadap hubungannya dengan Allah SWT tidak boleh dinilai mengikut kriteria luaran seperti pakaian.

 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam laporan eksklusif Mstar Online bertitah, apa yang lebih penting adalah niat hati dan fikiran seseorang.

Baginda menyelar Jabatan Kerja Batu Pahat Raya (JKR) yang memasang papan tanda baru-baru ini mengingatkan wanita Islam daripada dosa tidak menutup aurat rambut mereka.

 

“Sejak bilakah JKR, sama ada di peringkat daerah atau negeri, menjaga hal ehwal keagamaan?

“Tugas utama mereka adalah memastikan jalan-jalan dalam keadaan baik dan bukan meluahkan kebimbangan tentang aurat rambut wanita,” titah baginda.

 

Beliau juga mengingatkan agar jabatan kerajaan tidak perlu bimbang tentang bagaimana umat Islam berpakaian.

“Buat apa yang anda dibayar untuk lakukan dan jaga urusan sendiri,” titahnya.

 

Dalam pada itu, beliau juga menggesa orang Melayu supaya tidak mengabaikan identiti budaya mereka, sekali gus mengakui sebagai Melayu baginda sendiri, masih berpegang kuat kepada adat dan tradisi yang dikaitkan dengan bangsanya itu.

 

Sultan menjelaskan, atas dasar mengutamakan identitinya sebagai Melayu, baginda lebih suka mengucapkan ‘Hari Raya’ dan bukan ‘Eid al-Fitr’, selain berbuka puasa dan bukan ‘iftar’ dan sama sekali tidak berniat untuk menggantikan terma-terma ini dengan versi bahasa Arab.

 

Bagaimanapun baginda turut bertitah, adalah menjadi hak seseorang untuk memilih mengamalkan budaya Arab berbanding Melayu.

 

“Saya juga mengalu-alukan anda untuk hidup di Arab Saudi,” petik titah baginda dalam laporan itu.

 

Sumber: Free Malaysia Today

 
Cerita Seterusnya………………………….
 
Lelaki kantoi, isteri tak sengaja buka video dan gambar sumbang mahramnya bersama anak gadis kandungnya yang berusia 15 tahun
Lelaki kantoi, isteri tak sengaja buka video dan gambar sumbang mahramnya bersama anak gadis kandungnya yang berusia 15 tahun
Lelaki kantoi, isteri tak sengaja buka video dan gambar sumbang mahramnya bersama anak gadis kandungnya yang berusia 15 tahun

Suspek yang hanya dikenali sebagai MM, 43, telah berjaya ditahan oleh pihak polis Indonesia atas perbuatan jijiknya terhadap anak kandung sendiri yang berusia 15 tahun di Kepoh, wilayah Jawa Timur.

Menurut si isteri, suaminya telah suruh dia ambil telefon bimbit yang sedang dicas dan dalam perjalanan menuju ke sawah berhampiran rumah mereka, si isteri tanpa sengaja telah buka galeri gambar dan video gajet tersebut.

 

Alangkah terkejutnya apabila si isteri telah menjumpai beberapa video milik suami dan anaknya yang sedang melakukan hubungan intim.

 

Wanita yang berusia 40 tahun itu kemudin terus bergegas membuat laporan di sebuah balai polis berhampiran dan suspek telah berjaya ditahan tidak lama kemudian.

 

Pihak polis Kota Komba Kepoh mengesahkan sekurang-kurangnya enam hingga tujuh rakaman video mereka temui memaparkan adegan persetubuan tanpa seurat benang di badan suspek dan mangsa.

 

Apabila disoal siasat pihak polis, mangsa mengakui bahawa bapa kandungnya itu telah melakukan perbuatan sumbang mahram itu kira-kira sejak setahun yang lalu.

 

Malah, video itu turut dijadikan sebagai bahan ugutan jika mangsa melaporkan perkara itu kepada orang lain. Selain itu, dia juga diugut akan diberhentikan sekolah dan dipukul oleh suspek.

 

Tambah mangsa, sebanyak lapan kali dia telah dipaksa untuk melakukan hubungan seks iaitu sejak awal tahun lalu. Pihak polis Kota Komba Kepoh telah menyimpan bahan bukti dan suspek bakal dibicarakan pada minggu hadapan.

 

Sementara itu, mangsa dan ibunya telah dipindahkan ke sebuah pusat perlindungan selepas pihak hospital mengesahkan mangsa telah hamil 3 bulan hasil hubungan terlarang itu.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/ AH



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post